Saturday, June 26, 2010

LADAP BERSAMA PN HAJAH NORBI

26 Jun, tak sabar-sabar aku nantikan.Entah kenapa aku begitu teruja untuk bertemu dan bertentang mata dengan orang yang hanya aku kenali melalui namanya. Aku menganggap orang ini amat istimewa....Pn Hajah Norbi bt Haji Husin.
Aku mengenal nama beliau melalui seorang rakan yang telah mendengar ceramah beliau semasa kursus PTK. Aku dipinjamkan sebuah buku 'Asam Pedas Gula Melaka' karangan Pn Norbi. Setelah menatap dan menghabiskan buku tersebut, timbul satu perasaan yang berkobar-kobar dalam diri untuk menjadi guru yang hebat, guru minda kelas pertama.
Buku tersebut menjadi rujukanku bila sesekali timbul rasa kecewa sepanjang menjalankan tugas harian.Banyak cara penyelesaian masalah di tunjukkan dalam buku tersebut. Semasa lawatan ke Pameran Buku di PWTC, aku membeli sebuah lagi buku beliau iaitu "Gurukah Aku Atau...." Buku yang sangat bermanfaat buat paga pendidik.
Tahun ini aku dilantik menjadi SU LADAP. Aku berazam untuk menjemput beliau dalam salah satu slot LADAP di sekolahku.Malangnya aku tidak tahu macam mana nak menghubungi beliau. Aku hampir berputus asa....sehinggalah tiba-tiba aku mendapat idea untuk mendapatkan maklumat beliau melalui internet.Aku taip nama Norbi Husin pada carian Google.....nama beliau tertera. Rupa-rupanya beliau dah ada Facebook dan Blog sendiri.Melalui Facebook aku berhubung dengan beliau sehinggalah akhirnya hasrat aku tercapai bila beliau sudi memenuhi jemputanku ke SMKBU.
26 Jun, kali pertama aku bersua wajah dan kali pertama mendengar ceramah beliau.Semua guru yang hadir pada hari itu seolah-olah terpegun dengan kehebatan beliau menyampaikan ceramah. Semua guru fokus.(Melopong ...kata Pn Norbi).Saya yakin semua murid beliau terpegun seperti ini sewaktu beliau mengajar. Wah...hebatnya beliau.Tak hairanlah kalau beliau mampu mengerakkan guru-guru beliau untuk bekerjasama menjadikan sekolah mereka cemerlang! Orangnya kecil molek tapi jiwanya besar, cita-citanya tinggi menggunung.
Hari ini, aku juga berazam untuk menjadi seperti beliau. Mudah-mudahan aku berjaya menjadikan diriku sekurang-kurangnya 70% seperti Pn Norbi.

Monday, June 21, 2010

Sekolah lagi.........

Hari pertama persekolahan, setelah 2 minggu bercuti.Hari ini aku free...tak ada kelas. Cuma kena datang awal sebab perlu sediakan 'relief' untuk guru-guru yang tidak hadir. Jam 7.00 pagi aku dah sampai di sekolah. Hari ini ada 6 orang guru tidah hadir...ada yang MC, CRK dan berkursus. Kelam - kabut juga dibuatnya...nasib baik waktu pertama ada perhimpunan.
Walaupun tak ada kelas tapi aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja sampingan. Membuat sedikit persiapan untuk LADAP Sabtu ni + membuat persiapan untuk p&p esok.Aku berazam untuk menggunakan masa sebaik mungkin....tak mahu bawa kerja balik rumah.Hari ini..nampaknya kerja kena bawa balik juga...harap-harap esok dan seterusnya akau dapat bekerja dengan lebih cekap.

Friday, June 11, 2010

Cerita hari ini.....

Hari yang menyeronokkan. Semua kertas peperiksaan telah habis ditanda, malah markah telah dimasukkan ke dalam komputer.Semua kerja kursus pun telah habis ditanda.
Maknanya selepas ini aku ada banyak masa lapang.Rasanya aku akan mula mengemas bahagian-bahagian rumah yang telah lama tak diusik.Maklumlah dah berbulan-bulan sibuk dengan kerja pasti ada sudut-sudut yang dah berhabuk.
Semalam aku ke sekolah menghantar semua kerja kursus murid yang aku bawa balik.Ada beberapa orang guru yang datang ...'key in' markah peperiksaan dan lain-lain. Orang kata cikgu berkira kerja...sebenarnya bukan semua...masih ramai yang jadi cikgu sejati. Kerja-kerja pengubahsuaian office dan pembinaan gazebo sedang rancak dijalankan.
Hari Isnin ni aku sekeluarga akan bertolak balik kampung.Dah hampir 4 bulan aku tak balik kampung.Afiq dan Ashraaf pun tak sabar-sabar nak balik kampung.Agaknya dah boring ....

Monday, June 7, 2010

MASIH CERITA CUTI

Hari ke 3 cuti sekolah. Baru siap menanda 2 kelas kertas peperiksaan pertengahan tahun. Nampaknya mood cuti mempengaruhi pelaksanaan kerja sekolah. Tak apalah masih awal...aku yakin semuanya akan selesai sebelum sekolah dibuka semula.
Pagi ini aku ke kedai Singer, hantar LO untuk membeli mesin jahit ....juga urusan kerja sekolah.Sebenarnya ini tugas Ketua Panitia...tunggu punya tunggu tak dapat juga sebut harga yang diminta. Akhirnya aku uruskan semuanya...cari sebut harga, tulis nota minta, isi Lo dan berurusan dengan kerani sekolah serta Kedai Singer.
Mudah aje..tapi entahlah susah nak cakap.Dulu semasa aku jadi KP, kerja-kerja ni semua aku buat, sekarang jadi GKMP pun aku kena buat. Mudahnya jadi KP macam ni.
Lepas tu hantar anak ke SAM Hishamuddin, ada urusan untuk pencalonan murid cemerlang PMR.Persaingan sengit...susah nak dapat.
Kemudian aku ke MPK, hantar borang penilaian harta dan uruskan CF rumah aku. Jam 12.30 semuanya selesai. Dalam perjalanan pulang aku singgah di Simpang 4, makan tengahari bersama suami, dan 2 orang anakku.

Friday, June 4, 2010

CUTI

Hari ini sekolah mula bercuti. Dua minggu ...satu jangka masa yang agak lama.Namun cuti bukan bermakna rehat dari tugas . Aku mengangkut enam buah fail yang penuh dengan folio KHB untuk disemak di rumah. Ada enam kelas...bermakna ada lebih kurang 120 buah folio yang perlu disemak.Ada 120 borang markah individu yang perlu dilengkapkan.Perlu sediakan markah kelompok...yang terdiri dari markah tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Tiga buah fail perlu dilengkapkan sebelum pentaksir kawasan datang membuat pentaksiran.Aku dah biasa dengan kerja-kerja ini.Bagi aku ini bukanlah satu beban malah aku seronok kerana inilah masanya aku mengenal murid aku seterusnya menilai diri sendiri.....
Cuti ini juga aku kena menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Markah mesti dimasukkan ke dalam komputer selewat-lewatnya hari Selasa minggu pertama selepas cuti.Aku akan datang ke sekolah pada masa cuti ini untuk 'key in' markah murid supaya nanti tidaklah perlu menunggu giliran selepas buka sekolah.
Cuti ini juga aku akan menyiapkan analisa kehadiran guru dalam kursus LADAP.Aku juga perlu mengemaskini fail LADAP.
Sebagai AJK KGSS aku juga terlibat dengan persediaan untuk majlis persaraan pengetua. Cuti ini juga aku akan datang ke sekolah bersama beberapa orang rakan untuk menyiapkan cenderahati khas untuk pengetua.
Akhirnya aku juga akan balik kampung menjenguk ibubapa di kampung. Inilah kesempatan untukku berjumpa dengan ibubapa.
Cuti ini juga dipenuhi dengan jemputan majlis perkahwinan. Aku perlu menentukan majlis mana yang aku boleh hadir. Itulah antara pengisian cuti sepanjang dua minggu ini.Belum ada perancangan untuk bercuti ke mana-mana....

AZAM

Aku pernah berblog pada September 2009. Entah kenapa blog tersebut terbiar begitu sahaja hinggalah aku terlupa passwordku sendiri.
Hari ini aku berazam untuk menulis semula. Mungkin untuk tatapanku sendiri...manalah tahu ianya bermanfaat buat diriku sendiri.