Thursday, February 10, 2011

Sasaran Kerja

Dah masuk minggu ke tujuh persekolahan. Macam-macam perkara telah berlaku di sekolahku.Tugasku seperti biasa...aku memantau dan membantu panitia dibawahku untuk meningkatkan prestasi akademik. Tahun baru azam pun baru. Setiap tahun aku memang suka menetapkan sasaran kerja yang patut aku capai. Tahun lepas aku telah berjaya mencapai sasaran kerja aku...iaitu :
a. Mencapai 100% lulus dalam subjek yang aku ajar
b. Meningkatkan % A dalam subjek yang aku ajar walaupun kelas aku hanya kelas ke
5 hingga ke 12 (susah tu..)
Sasaran kerja yang tak tercapai pula ialah :
a. Mengubah wajah bengkel KHB kepada suasana yang lebih kondusif.
b. Mengubah wajah makmal ICT kepada suasana yang lebih ceria.
Aku gagal...sebab masalah kewangan, dan orang harapan aku kurang 'laju' dalam kerja.
Aku perlukan kerjasama dan 'teamwork' yang bagus. Aku banyak terlibat dengan pengurusan....turut mengurangkan fokusku kepada dua sasaran ini.
Rasanya biarlah aku jadi guru seperti dulu....aku rasa lebih senang bagi aku membentuk 'teamwork', malah telah pun terhasil, mereka kata kerja dengan aku memang best....tetapi selepas itu aku bertukar tugas jadi maka tugasku dulu beralih kepada guru lain. Macam-macam bantuan aku usahakan...aku bagi 'sofcopy' dan panduan pengurusan panitia kepada orang baru...sampai sekarang ini, carta organisasi panitia pun tak siap-siap. Aku sedang memikirkan untuk meletakkan jawatanku sekarang...dan memilih Guru Cemerlang (aku juga adalah GC )...aku belum pasti.
Dah lama aku tak menulis di blog kesayangan ku ini. Dulu aku berazam untuk tidak membiarkan blog aku ini .....Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan tak dijenguk.Hari ini insyallah aku akan mula menulis lagi....