Monday, July 19, 2010

Guru Muda

Membaca buku Asam Pedas Gula Melaka yang ditulis oleh Pn Norbi Husin tentang guru muda yang cepat lunyai...membuat aku tringat tentang guru muda ini. Dia bekas murid di sekolah pertama aku mengajar. Keputusan akademiknya cemerlang, tapi tak berapa aktif dalam kokurikulum.
Hari ini dia telah menjadi guru...satu sekolah dengan aku.Pada mulanya aku sangka dia seorang guru yang berdedikasi, rajin dan seorang guru sejati....tapi sedikit demi sedikit aku mula mengenali guru ini, bila aku terlibat dalam team yang sama dalam mengendalikan satu program. Rupa-rupanya guru ini langsung tak sanggup menyahut cabaran, tak boleh buat kerja yang susah (bagi dia), malah banyak komplen. Semuanya serba susah bila diberi tugas.
Bayangkan dia boleh meninggikan suara pada guru yang lebih senior sedangkan sumbangannya dalam program tersebut tersangatlah kecil. Diminta menyediakan kad ucapan pun , susah baginya. Diberi tugas buat dokumentasi pun...rasa susah. Diberi tugas untuk cari dana KGSS ...lagi susah. Diberi tugas data pun mengeluh. Hai...betullah kata Pn Norbi, guru sekarang cepat lunyai. Bagi ku guru seperti ini lebih baik letak jawatan kerana kalau dah buat keputusan jadi guru , jangan berangan-angan nak jadi officer. Jadi guru...kita mesti sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Jadi guru mesti sanggup menyahut cabaran. Jadi guru mesti kreatif dan inovatif.
Malangnya sekolah yang dapat guru seperti ini. Guru muda yang cepat lunyai......