Thursday, May 5, 2011

Bingung

Pelbagai kerenah rakan sekerja membuat aku menjadi bingung. Sebenarnya apa yang mereka mahu...?Ada yang lebih sudu dari kuah, ada yang suka mengarah, ada yang suka membuli dan macam-macam lagi. Aku rimas dengan keadaan ini.Ada juga yang menjadikan hobi menulis surat .
Dari beberapa kuliah agama yang aku hadiri, barulah aku mengerti....syaitan akan memainkan peranan mengoda dan merosakkan manusia tanpa henti agar manusia beramai-ramai masuk neraka.Aku begitu takut sekali...takut akupun terjebak dalam kancah ini..
Hanya satu yang aku harapkan....aku dan rakan sekerja ku berada dalam lindungan Alah swt.Aku hanya mampu berdoa walaupun jauh di hati kecilku aku ingin sekali berbicara dan menyedarkan mereka bahawa mereka dah mula lupa akan ingatan Allah.Itulah antara sebabnya suasana di sekolahku ini agak panas, merunsingkan dan membingungkan.

Hanya sekadar luahan rasa...