Dah agak lama aku tak update blog aku ni. Yang lucunya, aku cuba cari satu topik tentang hadis palsu berkenaan surah yaasin, akhirnya antara blog yang aku temui ialah blog aku sendiri.Terus menulis...
Dua hari berturut-turut sebelum ini aku menghadiri mesyuarat di sekolahku...sebagai persediaan untuk tahun 2012. Aku datang ke sekolah dengan azam baru dan semangat baru. Ku lihat ramai rakan-rakan guru ceria dan gembira untuk memulakan tugas semula setelah bercuti hampir sebulan setengah lamanya. Malangnya bukan semuanya begitu....aku melihat ada empat orang guru dengan wajah mencuka dan monyok seolah-olah terpaksa datang ke sekolah sebagaimana budak darjah satu zaman dulu-dulu yang tak nak ke sekolah tapi dipaksa oleh ibu bapa mereka. Hati kecilku berkata..agaknya mereka ni salah pilih profesion...atau guru adalah pilihan terakhir sebab lepas grad tak dapat kerja. Hai apa nak jadi dengan dunia pendidikan....kesian kat murid-murid, kesian kat ibu bapa, kesian kat sekolah dan paling kesian kat diri mereka sendiri.Kerja tak ikhlas....tentulah tak sempurna hasilnya. Kepada yang di luar sana yang mengintai-intai kerja sebagai guru, pastikan anda benar-benar ikhlas kerana tugas kita ini turut dipersoalkan selepas kematian.