Wednesday, September 11, 2013
Sekadar luahan rasa...
Entah kenapa tiba-tiba aku teringat blog yang telah lama ku tinggalkan. bagai ada sesuatu yang terbuku di hati yang sangat menganggu emosi dan mindaku. Aku perlu luahkan kepada eseorang...tapi perlukah?
Hampir 2 bulan aku meninggalkan sekolah untuk menghadiri kursus , kini aku kembali semula ke sekolah. Hmm...dengan semangat yang membara dan penuh motivasi, aku melangkah ke sekolah bersama azam dan tekad mahu melakukan sesuatu yang terbaik untuk murid-muridku.
Hari ini adalah hari ke 3 aku di sekolah. Beberapa orang guru menemuiku, dengan wajah yang sedih dan meluahkan apa yang berlaku ke atas mereka. Salah seorang dari mereka ialah menteeku yang baru posting awal tahun ini. Dia mendakwa telah difitnah dengan pelbagai tuduhan yang ia tidak lakukan sehingga sampai dipanggil pengetua.Aku hanya mampu memberi motivasi dan minta banyakkan bersabar. Dalam dunia pekerjaan, kadang-kadang kita akan diduga dengan pelbagai kerenah rakan sekerja. Kemudian seorang lagi datang menemuiku. Dengan wajah sedih ia bercerita bahawa hari-hari dia menangis bila balik rumah selepas bekerja. Stress benar nampaknya guru ini....Kisahnya sama , dibuli, difitnah dan dimarahi oleh guru senior... Aku juga hanya mampu memberi motivasi dan minta banyakkan bersabar. Sekurang-kurangnya dua orang guru ini lega bila dapat meluahkan bebanan berat yang ditanggung.
Kini aku pula yang menghadapi beban yang sama...terkedu aku bila secara tiba-tiba GKMP Bahasa meninggikan suara, menyindirku dan menarik muka masam hanya kerana dia stress bila menyediakan relief. Aku tahu kata-katanya ditujukan kepada aku...kerana aku dilihat relax sangat....maklumlah aku mengajar tingkatan 3, semua silibus dah habis sedangkan dia pula kena memeriksa kertas BM (Trial PM). Soalnya ...perlukah meninggikan suara? Bukankah gaji guru yang dibayar termasuk tugas memeriksa kertas peperiksaan ?
Nak dijadikan cerita, aku diminta oleh PK menyampaikan pesanan beliau kepada semua GKMP tentang format dokumentasi yang perlu disediakan untuk pemeriksaan nazir. Aku akur, lalu ku dekati GKMP Kemanusiaan, GKMP Sains dan Matematik dan GKMP Bahasa.Sekali lagi aku terkedu bila GKMP Kemanusiaan menunjukkan respon yang negatif dan menunjukkan wajah yang kurang senang kerana menurutnya, kenapa PK tidak sampaikan sendiri? GKMP Bahasa lagilah dahsyat...muka mencuka, dan keluar kata-kata, " ingat cikgu-cikgu ni tak ada kerja lain ke? nak tanda kertas, kerja lain belambak..bila masa nak buat semua tu...orang atas memang la senang beri arahan, cuba turun dan buat kerja tu sanggup ke?" Hmm..aku hanya mendiamkan diri, api jangan dicurahkan minyak, nanti semakin marak, itulah prinsipku. Hanya GKMP Sains & Matematik yang ok, cool aje.... Mungkin antara 4 orang GKMP, aku yang termuda..maka mereka rasa tercabar bila aku sampaikan pesanan...Lagi satu aku telah bergerak pantas..aku telah gerakkan Ketua Panitia di bawahku untuk menyiapkan tugasan malah dijadikan contoh oleh KP yang lain...mungkin mereka jealous ...sebab aku relax kerja aku lebih pantas.
Sebenarnya akupun banyak kerja, tugasan kursusku dengan IAB berlambak. Setiap malam aku tidur hampir pukul 1 malam malah kadang-kadang sampai pukul 3 pagi...Yang penting bijak mengurus masa, insyallah kerja dapat diselesaikan.
barulah aku faham...kenapa guru-guru tersebut menemuiku, mencurahkan perasaan kepadaku..rupanya mereka juga menerima nasib yang sama denganku...menjadi sasaran kemarahan orang lain twalaupun tanpa kesalahan yang dilakukan..stress benarkah GKMP 2 orang ini? Bagi aku senang je, kalau tak mampu buat kerja sehingga kerja kita menyebabkan konflik dengan orang lain, maka tinggalkanlah tugas guru. Mungkin dah sampai masanya kita bersara bila kita sudah tidak mampu mengimbangi emosi dengan tugasan..
Sekadar luahan rasa..
Subscribe to:
Posts (Atom)