Sekadar luahan rasa.....
Sebagai warga pendidik seharusnya insan yang terlibat dalam bidang ini bukan sahaja mampu menjadi suri teladan kepada anak didik malah kepada masyarakat luar.Pendidik seharusnya digambarkan sebagai seorang yang berbudi pekerti luhur, baik tutur katanya, bijaksana dalam bidang yang diceburi, sentiasa menghormati orang lain dan macam-macam nilai yang baik. Namun tidak semua pendidik begitu.....dunia pendidikan ini rupanya hanya indah di luar tetapi penuh dengan seribu satu macam kerenah pendidik. Soalnya ..bagaimana nak didik orang lain, bagaimana nak memanusiakan manusia kalau pendidik sendiri sikap caca marba. Dalam dunia pendidikan ini rupanya ada pemimpin yang bias, ada insan yang suka budaya satay, ada yang suka menyalak, ada yang suka mencantas, ada yang suka mengulau dan macam-macam budaya negatif.
Kata-kata Pak Ungku memang benar...
Rajin bercakap, rajin bekerja - bagus sekali.
Rajin bekerja, malas bercakap - kena buli.
Malas kerja, rajin bercakap - wayang Cina.
Malas bekerja, malas bercakap - tak guna.
Malas bekerja, suka mengadu - nyanyuk.
Malas bekerja, suka menyibuk - baik mati.