Thursday, July 1, 2010

SMKTG

Hari ini aku berpeluang bersembang dengan mantan PK HEM SMKTG, sekolah lama aku.Banyak cerita suka-duka kami di sekolah tersebut muncul semula. Seronok sangat bila bercerita pasal SMKTG. Di sanalah aku memulakan karier aku sebagai seorang guru.Tiga belas tahun di sekolah tersebut ....banyak kenangan . Sebenarnya aku sayangkan sekolah itu kerana di sanalah aku mengenal pelbagai panorama kehidupan manusia. Banyak yang manis....tidak kurang juga yang pahit hingga aku pernah menitiskan air mata. Seronoknya mengajar di sana....kerana murid di sekolah tersebut mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan guru. Mudah menolong bila diperlukan. Hubungan murid dan guru seolah-olah seperti ibu dan anak...kami bebas bercerita hingga ke masalah peribadi.Di sekolah itu juga aku telah membangunkan unit Sains Pertanian. Kenangan terindah bila aku berjaya membawa sekolahku menjadi johan peringkat negeri Selangor.Hingga hari ini murid-murid ku masih datang ke rumah bila tiba Hari Raya. Masih ramai yang berhubungan denganku melalui FB.