Kata orang, kawan sejati adalah kawan waktu senang dan susah. Kita hanya akan kenal kawan sejati bila kita berada dalam kesusahan. Kawan seperti ini akan tetap bersama kita biarpun waktu kita susah.
Hari ini aku berpeluang mengenal siapakah kawan sejati dalam kalangan rakan-rakanku.Rupa-rupanya ramai kawan waktu ketawa...bila susah sikit ramai yang lari dan mementingkan diri.
Orang yang selama ini bergegar-gegar cakapnya seolah-olah hebat bekerja rupanya kerjanya tak seberapa. Gegar dan riuh - rendah , rupanya hanyalah nak menunjuk-nunjuk bahawa dialah yang paling rajin, paling ikhlas, paling hebat....
Pesanku berhati-hatilah bila bertemu dengan orang yang begini.