Saturday, February 12, 2011

Hari ini dua orang anakku (kembar) mula mengikuti kelas intensif UPSR. Doaku semoga dipermudahkan urusan mereka menuntut ilmu. Sebenarnya kedua-dua orang anakku ini menghadapi masalah dalam pembelajaran. Walaupun mereka di tahun enam, tetapi mereka belum menguasai sepenuhnya mengira dan menaakul. Inilah yang dinamakan ujian Allah SWT... Di sekolahku juga ada ramai murid seperti ini. Dulu aku tidak pernah memahami kenapa dan mengapa muridku susah sangat nak faham apa yang aku ajar..... Bila aku dikurniakan anak seperti ini, aku benar-benar insaf. Kita sebagai guru mestilah menjadi ibu/bapa yang boleh mendekati dan memahami masalah mereka. Kita perlu membantu mereka.
Bayangkanlah bila balik dari sekolah, aku dapati tangan anakku lebam dan bengkak kerana dirotan guru. Pernah suatu hari, belakang anakku birat dirotan guru. Anakku tak pernah mengadu...tetapi dari airmukanya aku mengerti bahawa ia amat menyakitkan. Baginya sekolah adalah suatu penyiksaan....dirotan dan dipukul guru setiap hari, hanya kerana gagal menjawab soalan guru. Ada guru yang hilang sabar, pernah menyuruh aku menghantar anakku ke Sekolah Pendidikan Khas.
Kepada insan yang bergelar guru, aku mohon supaya jadilah guru yang sebenarnya. Berilah sedikit kasih sayang kepada murid seperti ini...kalau bukan kita sebagai guru siapa lagi?