Hari ini mood aku kurang baik. Aku berpuasa...ganti puasa tahun lalu yang belum habis. Entah kenapa aku rasa macam sesuatu terbuku di hati ini...meluap-luap macam minta diluahkan.AKu cuba control...takut nanti aku terlepas cakap dan akhirnya menyinggung perasaan orang lain.
Semenjak kebelakangan ini aku hampir terlupa visi kedatangan aku ke SMKBU ini. Dulu semasa aku di SMKTG, memang aku kerja sungguh-sungguh untuk sekolah. Aku korbankan masa , tenaga dan wang ringgit demi tugas. Hanya satu hasratku..untuk memartabatkan sekolahku ke peringkat negara. Cita-cita aku tercapai setelah hampir 5 tahun aku berjuang habis-habisan. Aku berjaya membawa sekolah ku untuk menjadi johan pertandingan Unit sains Pertanian peringkat negeri Selangor. Kenangan terindah di SMKTG.
Hari ini aku ingin kembali seperti dulu...tanpa disedari aku mula berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kecemerlangan tugas.Mujurlah aku tersedar bahawa usiaku sebegini tak sesuai lagi untukku seperti dulu. Lagipun di sekolah ini aku tak nampak cikgu yang stay back macam aku dulu...keluar rumah jam 7.50 pagi, pulang kerumah jam 7.30 malam.Aku kena kawal perasaan yang berkobar-kobar ini....
Lalu aku membuat keputusan untuk mengatakan tidak pada perkara yang aku tak mampu buat...Akhirnya stress dalam diri ini mula berkurangan.
Keputusan ini ku buat bukan bermakna aku malas bekerja...tapi aku mesti bijak merancang kerja dan memanafaatkan masa agar seimbang antara tugas di sekolah dan di rumah. Dah lama aku tak semak buku anak-anakku...Aku perlu mulakan dri sekarang.