26 Jun, tak sabar-sabar aku nantikan.Entah kenapa aku begitu teruja untuk bertemu dan bertentang mata dengan orang yang hanya aku kenali melalui namanya. Aku menganggap orang ini amat istimewa....Pn Hajah Norbi bt Haji Husin.
Aku mengenal nama beliau melalui seorang rakan yang telah mendengar ceramah beliau semasa kursus PTK. Aku dipinjamkan sebuah buku 'Asam Pedas Gula Melaka' karangan Pn Norbi. Setelah menatap dan menghabiskan buku tersebut, timbul satu perasaan yang berkobar-kobar dalam diri untuk menjadi guru yang hebat, guru minda kelas pertama.
Buku tersebut menjadi rujukanku bila sesekali timbul rasa kecewa sepanjang menjalankan tugas harian.Banyak cara penyelesaian masalah di tunjukkan dalam buku tersebut. Semasa lawatan ke Pameran Buku di PWTC, aku membeli sebuah lagi buku beliau iaitu "Gurukah Aku Atau...." Buku yang sangat bermanfaat buat paga pendidik.
Tahun ini aku dilantik menjadi SU LADAP. Aku berazam untuk menjemput beliau dalam salah satu slot LADAP di sekolahku.Malangnya aku tidak tahu macam mana nak menghubungi beliau. Aku hampir berputus asa....sehinggalah tiba-tiba aku mendapat idea untuk mendapatkan maklumat beliau melalui internet.Aku taip nama Norbi Husin pada carian Google.....nama beliau tertera. Rupa-rupanya beliau dah ada Facebook dan Blog sendiri.Melalui Facebook aku berhubung dengan beliau sehinggalah akhirnya hasrat aku tercapai bila beliau sudi memenuhi jemputanku ke SMKBU.
26 Jun, kali pertama aku bersua wajah dan kali pertama mendengar ceramah beliau.Semua guru yang hadir pada hari itu seolah-olah terpegun dengan kehebatan beliau menyampaikan ceramah. Semua guru fokus.(Melopong ...kata Pn Norbi).Saya yakin semua murid beliau terpegun seperti ini sewaktu beliau mengajar. Wah...hebatnya beliau.Tak hairanlah kalau beliau mampu mengerakkan guru-guru beliau untuk bekerjasama menjadikan sekolah mereka cemerlang! Orangnya kecil molek tapi jiwanya besar, cita-citanya tinggi menggunung.
Hari ini, aku juga berazam untuk menjadi seperti beliau. Mudah-mudahan aku berjaya menjadikan diriku sekurang-kurangnya 70% seperti Pn Norbi.
No comments:
Post a Comment