Friday, June 4, 2010

CUTI

Hari ini sekolah mula bercuti. Dua minggu ...satu jangka masa yang agak lama.Namun cuti bukan bermakna rehat dari tugas . Aku mengangkut enam buah fail yang penuh dengan folio KHB untuk disemak di rumah. Ada enam kelas...bermakna ada lebih kurang 120 buah folio yang perlu disemak.Ada 120 borang markah individu yang perlu dilengkapkan.Perlu sediakan markah kelompok...yang terdiri dari markah tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Tiga buah fail perlu dilengkapkan sebelum pentaksir kawasan datang membuat pentaksiran.Aku dah biasa dengan kerja-kerja ini.Bagi aku ini bukanlah satu beban malah aku seronok kerana inilah masanya aku mengenal murid aku seterusnya menilai diri sendiri.....
Cuti ini juga aku kena menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Markah mesti dimasukkan ke dalam komputer selewat-lewatnya hari Selasa minggu pertama selepas cuti.Aku akan datang ke sekolah pada masa cuti ini untuk 'key in' markah murid supaya nanti tidaklah perlu menunggu giliran selepas buka sekolah.
Cuti ini juga aku akan menyiapkan analisa kehadiran guru dalam kursus LADAP.Aku juga perlu mengemaskini fail LADAP.
Sebagai AJK KGSS aku juga terlibat dengan persediaan untuk majlis persaraan pengetua. Cuti ini juga aku akan datang ke sekolah bersama beberapa orang rakan untuk menyiapkan cenderahati khas untuk pengetua.
Akhirnya aku juga akan balik kampung menjenguk ibubapa di kampung. Inilah kesempatan untukku berjumpa dengan ibubapa.
Cuti ini juga dipenuhi dengan jemputan majlis perkahwinan. Aku perlu menentukan majlis mana yang aku boleh hadir. Itulah antara pengisian cuti sepanjang dua minggu ini.Belum ada perancangan untuk bercuti ke mana-mana....

No comments:

Post a Comment