Tuesday, July 26, 2011

Guru dan Data
Guru dan data memang tak dapat dipisahkan. Macam-macam data yang diuruskan....seperti data murid, markah peperiksaan, Headcount, data perabut dan macam-macam lagi. Kali ni aku berurusan lagi dengan data...cuma aku agak keliru kenapa mesti buat kerja dua kali? Maksud aku, sebelum ini kami guru mata pelajaran telah mengisi markah peperiksaan di sekolah. Sekarang kami diminta sekali lagi mengisi markah tersebut secara online.... Terfikir juga aku..tidak adakah pakar ICT di negara kita yang boleh memudahkan pengurusan data ini? Kenapa mesti bermula dari A semula? Cukup guru isi sekali sahaja di sekolah, lepas itu data tersebut di hantar secara online oleh SU peperiksaan.... lalu pakar ICT kita pun proseslah... ..Rupa-rupanya negara kita masih ketinggalan!

No comments:

Post a Comment