Hari ini aku datang ke sekolah untuk mengambil ukuran tingkap. Aku ditemani oleh suami dan anak-anak. Selepas itu kami terus ke Jakel Shah Alam untuk membeli kain langsir.
Sepanjang perjalanan fikiranku melayang...mengingati zaman semasa aku menjadi seorang Ketua Panitia. Aku ke sana kemari membeli itu dan ini untuk bengkel KHB (panitiaku). Aku juga beruntung mempunyai seorang Ketua Bidang yang begitu cekap bekerja.Beliau sentiasa membantu aku dalam pengurusan panitia.
Hari ini aku telah menjadi Ketua Bidang (GKMP). Pelbagai perancangan aku buat...aku bentang dalam mesyuarat dan aku agih-agihkan tugas ahli panitiaku. Ketua Panitia ku nampaknya macam nak sabotaj aku...tak buat apapun untuk pembangunan bengkel.Bayangkan aku beri tugasan untuk menyiapkan cogankata...dah 2 tahun tak siap-siap.
Hari ini aku nekad....aku akan buat seperti mana yang pernah aku buat semasa aku jadi KP dulu. Aku mengatur langkah ....dan aku sangat berharap apa buat akan menunjukkan keberhasilan. Bengkel akan berubah wajah....itulah harapanku.
No comments:
Post a Comment